KUALA LUMPUR – Malaysia meraih dua anugerah emas masing-masing bagi kategori Media Pemasaran dan Pendidikan Alam Sekitar pada Persidangan Tahunan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) 2013 yang berlangsung di Chengdu, China kelmarin.
Tourism Malaysia dalam satu kenyataan media memberitahu, anugerah emas bagi kategori Media Pemasaran dimenangi oleh Lembaga Pelancongan Sarawak dan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rashid Khan.
“Frangipani Langkawi Resort & Spa pula memenangi anugerah emas bagi kategori Pendidikan Alam Sekitar diterima oleh pengusahanya, Anthony Wong,” kata kenyataan itu semalam.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri ohamed Nazri Abdul Aziz dalam kenyataan sama berkata, beliau berpuas hati dengan dua kemenangan diperoleh Malaysia tersebut.
Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pelancongan Sarawak dan Frangipani Langkawi Resort & Spa di atas komitmen mereka terhadap industri pelancongan.
Katanya, adalah penting untuk semua pihak yang terlibat dalam industri pelancongan memastikan piawaian profesional tertinggi dalam perkhidmatan dikekalkan pada setiap masa.
0 komentar:
Posting Komentar