Kamis, 19 Desember 2013


KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak kemungkinan membawa wartawan menyertai operasi terhadap suspek penjenayah bersenjata di mana Naib Presiden PKR, N Surendran telah dipelawa ikut sama.

Menjawab soalan mengenai perkara ini, Khalid berkata: “Tidak buat masa ini”.”

Beliau menegaskan bahawa pelawaan kepada Surendran itu bukan
untuk mencari publisiti tetapi untuk mendedahkan fakta dan realiti sebenar dalam operasi polis terhadap penjenayah bersenjata.

Khalid mengulas Twitter Lawyers for Liberty (LFL) yang bertanya sama ada wartawan juga boleh ikut sama semasa operasi yang disertai Surendran itu.

Jika tidak, LFL bertanya, “Apa gunanya?”

Sementara itu, Khalid mengulangi bahawa beliau tidak pernah mencabar Surendran untuk ikut sama operasi polis tetapi hanya mempelawanya, yang kemudiannya diterima oleh pemimpin PKR itu.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!