Rabu, 12 Februari 2014

sinarharian
5 Mei 2013
50% dipercayai keluar mengundi hingga 1 tengah hari
Orang ramai yang hadir mengundi beratur panjang mengikut saluran bilik masing-masing di Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana sempena PRU13, hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Hampir 59 peratus pengundi dipercayai keluar mengundi sehingga jam 1 tengah hari tadi, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, peratusan ini akan meningkat sehingga jam 3 petang ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang provokasi mengenai pengundi hantu tidak akan menjejaskan proses pengundian yang berjalan di seluruh negara.

"Kita belum dapat jangka statistiknya, tapi kita jangka sehingga pukul 1 tengah hari ini sebanyak 50 peratus pengundi yang keluar mengundi.

"Bagaimanapun yang timbul kata ada pengundi hantu itu, bagaimana mereka tahu itu pengundi hantu, walaupun muka mereka seperti bangla tapi jika mereka warganegara ada kad pengenalan biru, itu hak mereka nak mengundi," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Ahmad turut menasihatkan supaya penyokong setiap parti tidak menimbulkan kekacauan yang boleh merosakkan perjalanan undi di seluruh negara.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!