Rabu, 12 Maret 2014


  1. Mengiau dengan manja
    agenda-1
    MiaooooWWwwwwoooooo.... *kedip mata*
    Mengikut kajian, kucing pandai memanipulasi suaranya untuk menyerupai suara bayi yang merengek. Manusia normal secara semulajadi akan cepat merasa kasihan apabila mendengar suara yang seakan-akan merayu-rayu ni. Tanpa disedrtretertari kita akan cepat berasa kesian. Dalam kajian yang lebih mendalam, frekuensi bunyi kucing ketika meminta sesuatu adalah sama dengan frekuensi tangisan seorang bayi. Owh.. kita selalu tertipu dan rela ditipu oleh budak-budak comel ni kan?
  2. Menggesel-gesel kaki tuannya
    agenda-2
    Sorry... nampaknyer saya kene pakai baju dulu baru boleh pegang...
    Kucing kita sangat suka menggesel-gesel dekat kaki-kaki kita kan? Haa… Tahu tak apa tujuannya? Hehehehe…. Tujuan utama ialah untuk menandakan bahawasanya kita adalah hak miliknya. Its a kitty’s way of claiming you as its property! Muahahahaha! Ini untuk memberitahu kucing-kucing lain yang kita sudah ada ‘bos’.
  3. Menjilat-jilat badan
    agenda-5Selalu kita tengok kucing kita menjilat-jilat badan. Kadang-kadang sampai berjam-jam. Bersungguh-sungguh betul sampai tak pedulikan orang lain. Sebenarnya, menjilat badan ni adalah untuk membuang bau-bau yang asing (termasuk bau tuan dia). Kucing mempunyai kelenjar-kelenjar di bawah kulit yang akan merembeskan bau mereka sendiri apabila dijilat.
  4. Membawa balik hadiah‘barang’ ke rumah
    agenda-4
    Ehem2... pilih la satu sorang yer.. jangan rebut-rebut... banyak ni.... sila-sila
    Teringat dulu masa kecik-kecik, kucing rumah kitorang bawak balik ulat beluncas warna hijau pucuk pisang sebesar 3 jari! Terkejut beruk semua orang! Kucing kitorang plak boleh wat muka owh-silalah-ambil-susah-payah-saya-tangkap. Macam-macam dia bawak balik. Belum kira tikus hidup letak atas badan lagi.. Sekarang barulah tahu sebenarnya, sebab utama diorang bawak balik ‘hadiah-hadiah’ tu sebenarnya kerana mereka nak ajar kita cara memburu. Kucing-kucing ni ingat kita tak pandai memburu untuk cari makan. Cuba tengok anak-anak harimau dalam discovery channel. Pelajaran pertama mak harimau ajar dekat anak dia yerlah cara memakan binatang buruan. Betul tak? Jeng-jeng-jeng! Jadi, lainkali kucing kita bawak ‘hadiah’ kat kita, sebenarnya dier nak cakap “Ada beran?!!”
    Sumber: http://www.kucing.my/fakta-kucing/4-agenda-kucing-disebalik-kecomelan/

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!