Tampilkan postingan dengan label kelantan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kelantan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

JOM TURUN 
MAJLIS HIMPUNAN ULAMA TUA / ULAMA PONDOK 
KELANTAN 
21.11.2013


Rabu, 25 Desember 2013

TUAN GURU HJ MUSA TUMPAT /  Nama sebenar Tok Ayah adalah TN GURU HJ ABDUR QADIR 
telah kembali KERAHMATULLAH pada jam 3 pagi tadi 14 Rabiul Awal 1434 hari Sabtu ( 26.1.2013) telah selamat dikebumikan jam 9.30 pagi tadi (26.1.2013)
Moga Roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan orang berjaya dunia Akhirat ...
TOLONG HADIAHKAN FATIHAH dan KHUL HU WALLAH 
kepada Tok Ayah Musa , yang terbaiknya tolong hadiahkan pahala Tahlil pada Tok Ayah Musa . 

TOK AYAH MUSA 
DALAM KENANGAN 

ULAMA SUFI ♥
Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid 

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar. 



Selasa, 24 Desember 2013


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik.

Beliau berkata antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

“…contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat,” katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.

Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira pukul 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. – BERNAMA
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!